Surash (kiri) melawat Mohd Zaidy di Hospital Jempol. Foto Ihsan Surash.
Surash (kiri) melawat Mohd Zaidy di Hospital Jempol. Foto Ihsan Surash.
Mohd Amin Jalil


Jempol: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Datuk S Surash tampil melawat 'lawannya' dari Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Beliau hadir di Hospital Jempol, tempat Mohd Zaidy menerima rawatan bagi tujuan menziarahinya dan memberikan kata-kata semangat.

"Awal pagi tadi, saya dikejutkan dengan perkhabaran sahabat yang juga calon lawan terbabit dalam kemalangan jalanraya.

"Sebaik selesai buat lawatan di Felda Palong 1 pada 1 tengahari tadi, saya terus bergegas ke Hospital Jempol.

"Saya memberikan kata-kata semangat buat beliau dan mendoakan agar beliau cepat sembuh dan kembali berkempen. Walaupun kami berbeza parti tapi persahabatan tetap utuh.

"Buat semua penyokong serta warga Jeram Padang, marilah kita sama-sama mendoakan beliau cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Mohd Zaidy mengalami patah kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2023 @ 9:29 PM