Kereta dinaiki Mohd Zaidy terbabit nahas di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan. FOTO FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Kereta dinaiki Mohd Zaidy terbabit nahas di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan. FOTO FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
BERNAMA

Seremban: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pasir Besar-Palong, awal pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi catatan di akaun Facebook memaklumkan kemalangan itu berlaku pada pukul 3.25 pagi.

"Pemandu agak kritikal, mohon semua dapat doakan agar kedua-duanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan," katanya.

Difahamkan, Mohd Zaidy kini berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Mohd Zaidy akan bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) S. Surash pada Pilihan Raya Negeri, 12 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2023 @ 9:22 AM