FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Anthony Loke Siew Fook diramal akan kalah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chennah?

Itu antara isi kandungan sebuah video yang meramalkan Menteri Pengangkutan itu akan kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Berdasarkan kandungan video itu, selain Dun Chennah di dalam Parlimen Jelebu, tiga Dun lain yang diwakili calon gabungan BN-PH iaitu Klawang, Pertang dan Sungai Lui turut didakwa akan mengalami kekalahan.

Di Parlimen Jempol pula, kandungan video itu meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah ditiga kerusi Dun iaitu Palong, Serting dan Jeram Padang manakala Bahau akan kekal di bawah Pakatan Harapan (PH).

Di Parlimen Rembau yang membabitkan Dun Paroi, BN-PH turut diramal kalah.

BN juga kononnya diramal kalah di Dun Chembong malah penyandang Dun Rantau yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, turut didakwa akan kalah.

Di Parlimen Tampin, PH diramal menang di Dun Repah manakala Gemas dan Gemenchen, BN diramal kalah.

Di Parlimen Seremban pula, BN-PH didakwa bakal kalah di Dun Lenggeng dan Ampangan.

Manakala Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, berdasarkan video terbabit, turut diramal kalah di Dun Sikamat.

Gabungan BN-PH hanya diramal menang di Dun Nilai, Lobak dan Temiang.

Di Parlimen Rasah, BN-PH diramal kalah di Dun Labu manakala gabungan BN-PH yang meletakkan calon DAP diramal menang di Dun Bukit Kepayang, Rahang, Mambau dan Seremban Jaya.

Menerusi video itu, ramalan di Parlimen Kuala Pilah turut menyaksikan BN kalah di semua lima kerusi ditandingi iaitu Dun Juaseeh, Seri Menanti, Senaling, Pilah dan Johol.

Bagi Parlimen Port Dickson, BN- PH diramal menang di Dun Chuah, Lukut dan Sri Tanjung manakala di Dun Bagan Pinang dan Linggi, gabungan itu diramal kalah.

Selain Dun di Negeri Sembilan, video itu turut meramalkan Dun di negeri yang melaksanakan PRN.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, ada netizen yang mendakwa video berkenaan sebagai melucukan.

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2023 @ 4:36 PM