Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. FOTO Arkib NSTP
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. FOTO Arkib NSTP
M Hifzuddin Ikhsan dan Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan tidak berada di negeri, sebaliknya berangkat ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi hari ini.

Sumber berkata, Muhammad Sanusi hanya dijangka balik ke Kedah petang esok.

"Menteri Besar tidak ada di Kedah hari ini. Tadi berangkat ke Kuala Lumpur. Esok petang baru balik (ke Kedah)," katanya.

Sementara itu, suasana di Wisma Darul Aman dan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di sini, dilihat masih tenang dan tiada pihak berkumpul.

Tinjauan petang tadi mendapati, kenderaan rasmi Menteri Besar tidak berada di kedua-dua lokasi terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2023 @ 7:10 PM