TENGKU Zafrul berswafoto bersama Muhammad Sanusi  ketika mengadakan kunjungan di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon. FOTO Facebook Tengku Zafrul
TENGKU Zafrul berswafoto bersama Muhammad Sanusi ketika mengadakan kunjungan di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon. FOTO Facebook Tengku Zafrul
BERNAMA

Alor Setar: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di kediaman rasminya di Seri Mentaloon, di sini, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya Tengku Zafrul berkata beliau berada di Kedah bagi melawat beberapa industri di negeri itu.

"Sebelum memulakan lawatan, kita ziarah tuan rumah dulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi, di kediaman rasmi beliau, Seri Mentaloon. Ini merupakan lawatan pertama saya ke Kedah sebagai Menteri MITI.

"Kami berbincang mengenai hala tuju industri tempatan dan berkongsi pendapat bagi merancakkan pelaburan dan industri termasuk memakmurkan program "Negara Madani" di Kedah," katanya.

Beliau berharap kunjungan itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara MITI dan Kerajaan negeri Kedah dalam memakmurkan sektor pelaburan dan industri negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2023 @ 8:11 PM