PEMANDU lori maut selepas kenderaan dipandu melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 46.8 Lebuhraya PLUS arah utara, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
PEMANDU lori maut selepas kenderaan dipandu melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 46.8 Lebuhraya PLUS arah utara, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Pemandu maut selepas lori dipandu dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda FD di Kilometer 46.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, hari ini.

Akibat rempuhan, lori yang membawa ayam sejuk beku itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.

Komander Operasi Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Mohd Nizar Ma'mun berkata, dalam kejadian pada 8.25 pagi, mangsa berusia 39 tahun tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Sementara, pemandu Honda FD berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian membuat kerja-kerja pembersihan jalan dan setelah memastikan keadaan selamat.

Terdahulu, tular video rakaman kamera papan pemuka kenderaan yang merakam detik kemalangan maut itu hingga mendapat reaksi masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2023 @ 9:16 PM