Noorazura Abdul Rahman

Bandar Baharu: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, akaun TikToknya yang hilang sejak semalam satu perbuatan 'draconian' atau kejam yang hanya akan menyebabkan orang ramai lebih membenci pihak yang berbuat demikian.

Justeru, beliau mencabar pihak yang berkaitan untuk mengaktifkan semula akaun TikTok miliknya.

"Dalam keadaan 'perang' (pilihan raya) ini mereka telah salah guna kuasa untuk mempengaruhi syarikat TikTok sekat TikTok saya sehingga tiada ruang untuk sampaikan (maklumat) dengan cepat kepada orang ramai.

"Kalau hangpa anak jantan, buka balik akaun TikTok saya, kalau tak buka, hangpa darai (pondan). Kalau darai, tak payah lawan pi balik," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah peringkat Daerah Bandar Baharu di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, beliau dimaklumkan pegawainya membuka akaun TikTok baharu namun belum melihatnya buat masa ini.

"Ini zaman moden dan kerja yang hangpa buat ini tahun 1963 bolehlah. Masa itu ceramah orang letak speaker di pokok getah dan kepitkan wayar di kepala bateri.

"Disebabkan dengki, cabut kepala bateri itu supaya maklumat orang tak dengar. Tetapi sekarang ini banyak jalan boleh diusahakan," katanya.

MUHAMMAD Sanusi pada sidang media Majlis Penyerahan Geran Tanah di Pejabat Tanah Bandar Baharu. FOTO Syaharim Abidin
MUHAMMAD Sanusi pada sidang media Majlis Penyerahan Geran Tanah di Pejabat Tanah Bandar Baharu. FOTO Syaharim Abidin

Berita berkaitan:

'Kalau betul anak jantan, pulangkan TikTok saya' - Sanusi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2023 @ 6:05 PM