TANGKAP layar video tular menunjukkan individu menyimbah asid ke arah tiga beranak dalam lif di Pangasapuri Laksamana Jaya, Batu Caves.
TANGKAP layar video tular menunjukkan individu menyimbah asid ke arah tiga beranak dalam lif di Pangasapuri Laksamana Jaya, Batu Caves.
Muhaamad Hafis Nawawi


Gombak: Wanita warga emas yang disyaki menyimbah asid ke arah suami isteri dan anak mereka, direman empat hari bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, reman suspek berusia lingkungan 60-an bermula hari ini hingga 14 Julai ini.

"Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Warga emas itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, di sini, 4.20 petang semalam.

Sebelum ini, pengusaha kedai roti naan dan suami serta anaknya menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini baru-baru ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2023 @ 11:59 AM