KEADAAN bilik yang terbakar. FOTO Ihsan JBPM
KEADAAN bilik yang terbakar. FOTO Ihsan JBPM
Nur Izzati Mohamad


Butterworth: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan rentung dalam bilik sebuah rumah di Flat Taman Pantai Bersih, di sini, pagi ini.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai tidur berseorangan di bilik terbabit sebelum insiden itu disedari ahli keluarganya.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Butterworth Mohd Nasir Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 8.29 pagi berhubung kejadian itu.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran sudah dipadamkan jiran di kawasan itu. Kanak-kanak lelaki itu ditemukan rentung dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Ketika kejadian mangsa bersendirian di bilik berkenaan, manakala nenek, ibu dan abang mangsa di ruang tamu sebelum menyedari kebakaran terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Julai 2023 @ 12:09 PM