ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah di Lorong 6, Kampung Seri Puchong, Puchong, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah di Lorong 6, Kampung Seri Puchong, Puchong, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Nurul Hidayah Bahaudin

Puchong: Lelaki ditemui rentung selepas rumahnya di Lorong 6, Kampung Seri Puchong di sini, terbakar, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.30 pagi.

"Sepasukan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Cyberjaya dan BBP Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati sebuah rumah di atas tanah lot terbakar dan operasi pemadaman segera digerakkan sebelum api berjaya dikawal pada 3.11 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki berusia 37 tahun ditemui rentung dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2023 @ 9:07 AM