R Theeban
R Theeban
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sedang mengesan seorang saksi, bagi membantu siasatan satu kes dadah yang sedang dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, saksi terbabit, R Theeban dicari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, alamat terakhir lelaki terbabit adalah No 414, Blok B, Pandan Height Apartment, Pandan Perdana, Kuala Lumpur

"Saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Arun M Gopal di talian 016-6488700," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 9:08 AM