BAYI perempuan yang ditinggalkan di hadapan pintu Masjid An Najihah, Sungai Kepar, Taiping hari ini. FOTO Ihsan Polis.
BAYI perempuan yang ditinggalkan di hadapan pintu Masjid An Najihah, Sungai Kepar, Taiping hari ini. FOTO Ihsan Polis.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Bayi perempuan ditemui di hadapan pintu Masjid An Najihah, Sungai Kepar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan penemuan itu pada 12.45 tengah hari dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) masjid mengesan wanita memasuki masjid dan meninggalkan bayi pada 11.58 pagi.

"Dia masuk ke kawasan masjid dan meninggalkan bayi yang dibaluti kain itu di hadapan pintu utama, sebelum beredar.

"Bayi berkenaan dalam keadaan cukup sifat dan sihat. Polis menyeru wanita terbabit atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan maklumat boleh disalur kepada Inspektor Ng Boon Jian atau menghubungi talian 05-721 2222.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2023 @ 11:16 PM