GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Norzamira Che Noh

Klang: Suspek yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Sentosa Utama, dekat sini, pada Mei lalu ditahan kurang 24 jam selepas hebahan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, B Perkas Rao@Rider, 41, ditahan di Seksyen 25, Shah Alam pada 9.50 malam tadi.

"Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya hari ini.

Semalam media melaporkan polis memburu suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

Hoong Fong berkata, suspek dipercayai terbabit dalam kematian seorang lelaki berusia 34 tahun yang mati dipukul di Taman Sentosa Utama pada 26 Mei lalu.

Katanya, mangsa mengalami 27 kesan kecederaan pada seluruh badan dan patah tulang kaki kiri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2023 @ 2:15 PM