POLIS giat mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Rider yang dipercayai terbabit dengan kematian seorang lelaki pada Mei lalu/ FOTO Ihsan IPD Klang Selatan
POLIS giat mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Rider yang dipercayai terbabit dengan kematian seorang lelaki pada Mei lalu/ FOTO Ihsan IPD Klang Selatan
Norzamira Che Noh


Klang: Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kematian seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sentosa Utama dekat sini, pada Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek yang diburu adalah lelaki warga tempatan dikenali B Perkas Rao @ Rider, 41.

Katanya, suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

"Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 34 tahun dipukul suspek dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sentosa Utama pada 26 Mei lalu.

"Mangsa mengalami 27 kesan kecederaan pada seluruh badan dan patah tulang kaki kiri.

"Pakar forensik mengesahkan punca kematian adalah disebabkan 'massive soft tissue injury due to blunt force trauma'," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 12:46 PM