MOHD Nizom (tengah) merasmikan Pejabat Satelit LHDN Langkawi. FOTO Hamzah Osman
MOHD Nizom (tengah) merasmikan Pejabat Satelit LHDN Langkawi. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan pencapaian luar biasa hasil cukai tahun lalu iaitu RM175 bilion, menjadikannya kutipan terbesar dalam sejarah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Nizom Sairi berkata, angka itu adalah yang terbaik pernah direkodkan dan diyakini ia disumbangkan oleh kesedaran tinggi orang ramai terhadap undang-undang percukaian.

"Kutipan cukai bagi tahun lalu adalah sebanyak RM175 bilion, berbanding tahun sebelumnya RM144 bilion, sekali gus menyaksikan lonjakan 20 peratus iaitu tertinggi dalam sejarah.

"Kami percaya jika perkhidmatan (LHDN) baik, kadar pematuhan cukai lebih tinggi kerana orang ramai faham pada undang-undang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Satelit LHDN Langkawi di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah LHDN Kedah, Aziz Din dan Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya.

Langkawi adalah lokasi pejabat satelit keempat selepas Cyberjaya, Selangor; Batu Pahat, Johor dan Lahad Datu, Sabah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 6:51 PM