MUHAMMAD Hakimi Hiqbal (kanan) ketika hadir di Mahkamah Majistret Jelebu. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
MUHAMMAD Hakimi Hiqbal (kanan) ketika hadir di Mahkamah Majistret Jelebu. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku salah mencuri telefon bimbit.

Tertuduh Muhammad Hakimi Hiqbal Mohd Shafie, 21, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Majistret turut memerintahkan tertuduh dikenakan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Hakimi Hiqbal dituduh mencuri telefon bimbit jenama Honor 20 Lite dianggarkan bernilai RM600 di sebuah salun rambut di Kuala Klawang, antara 12 hingga 1.30 tengah hari, Ahad lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2023 @ 12:44 PM