TANGKAP layar daripada video tular pergaduhan sekumpulan lelaki di Pasar Borong Kuala Lumpur, tengah malam tadi.
TANGKAP layar daripada video tular pergaduhan sekumpulan lelaki di Pasar Borong Kuala Lumpur, tengah malam tadi.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pergaduhan sekumpulan lelaki yang tular di media sosial berpunca daripada perselisihan faham antara pekerja yang menolak troli ikan dan terlanggar lelaki lain yang bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian itu dilapor berlaku pada 12.30 tengah malam tadi.

Katanya, akibat pelanggaran itu, berlaku pertelingkahan mulut antara kedua-dua pihak dan tiada pergaduhan fizikal yang mendatangkan kecederaan.

"Anggota unit peronda polis (MPV) datang meleraikan pergaduhan dan kedua-dua pihak hadir ke Balai Polis Sri Murni serta berdamai secara baik tanpa membuat sebarang laporan polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu tular video di Tiktok menunjukkan video pertelingkahan sekumpulan lelaki di belakang Pasar Borong Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2023 @ 4:21 PM