Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) berkenan menerima replika cek berjumlah RM56,412,369.60 daripada Menteri Agama, Senator Datuk Mohd Naim Mokhtar (dua, kanan) bagi peruntukan bayaran elaun Imam-Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir, dan Guru KAFA Negeri Selangor tahun 2023 di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Samadi Ahmad

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerahkan peruntukan Kerajaan berjumlah RM56.4 juta kepada Kerajaan Selangor untuk diagihkan sebagai imbuhan tahunan dan elaun kepada 11,558 penerima membabitkan guru KAFA, imam, bilal, siak dan guru takmir di negeri berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, peruntukan itu dipersembahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ,Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah hari ini.

Menurutnya, peruntukan itu adalah bagi pembayaran imbuhan kepada 752 imam (RM850 sebulan), 242 guru takmir (RM900 sebulan), 2,800 guru KAFA (RM1,261.35 sebulan), caruman Perkeso kepada 2,482 imam, bilal, siak dan guru takmir (RM 232.80 setahun).

Katanya, peruntukan itu termasuk bayaran khas 'one-off' RM600 kepada 752 imam; 1,488 bilal dan siak; 242 guru takmir dan 2,800 guru KAFA.

"Peruntukan ini adalah sebahagian daripada jumlah RM1.5 bilion bajet pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam 2023 yang diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu.

"Jakim berharap dengan peruntukan itu, pengurusan hal ehwal Islam di negara ini akan dapat terus diperkasa bagi membina generasi Al-Falah yang berkualiti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2023 @ 4:51 PM