GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Wartawan HM


Kuala Lumpur: Kerajaan menyediakan peruntukan berkaitan hal ehwal Islam berjumlah RM1.5 bilion bagi menjadikan institusi Islam dalam Madani ini menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pentadbiran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurusan paling cekap harus dimulakan di sini, dan gedung ini mesti

menjadi markas dakwah yang berkesan yang boleh meningkatkan kefahaman sebenar mengenai Islam.

Katanya, kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bagi 35,000 guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100

kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

"Kerajaan juga memberikan sumbangan khas RM600 ringgit kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

"Seramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini membabitkan peruntukan lebih RM40 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2023 @ 6:15 PM