Nurshafika Suhaimi

SEBELUM ini, OPPO dikenali sebagai pakar swafoto, memenuhi keperluan mereka yang gemar membuat vlog dan mendokumentasikan diri mereka sendiri.

Pada tahun 2015, untuk memenuhi keperluan pasaran global dengan lebih baik, OPPO telah mengeluarkan Siri F Pakar Swafoto yang terkenal.

Setiap generasi Siri F terus menyumbang kepada kedudukan pakar swafoto, meletakkan asas kukuh untuk kognisi OPPO dalam bidang swafoto.

Bahkan, setiap generasi Siri Reno membawa pengalaman yang menakjubkan kepada industri dan pengguna, seperti zum hibrid 60 kali yang pertama, video dwi-tontonan, mod warna AI dan video sorotan AI.

 

Bagaimanapun, apabila dunia fotografi dan videografi berubah, OPPO menjenamakan semula dirinya menjadi peranti 'pakar potret' melalui siri Reno terbaharu.

Bermula daripada Reno6, Siri Reno mula memfokuskan pada fungsi dan pemandangan potret tertentu, membawa pengguna pengalaman pengimejan (foto dan video) yang unik. 

Melalui gabungan algoritma dan perkakasan, Reno6 melancarkan kesan potret suar bokeh buat kali pertama.

Peralihan ini dibuat selepas melihat trend swafoto agak ketinggalan zaman berdasarkan tinjauan dijalankan OPPO yang mendedahkan bahawa majoriti besar pengguna, kini lebih suka mengambil potret dengan kamera belakang mereka.

Dalam tinjauan itu, OPPO mengenal pasti bahawa 76 peratus pengguna telefon pintar mengambil gambar potret menggunakan kamera belakang lebih kerap berbanding 24 peratus sahaja yang mengambil swafoto atau berkumpulan menggunakan kamera hadapan.

Bahkan, 76 peratus pengguna telefon pintar memberi lebih perhatian kepada keupayaan kamera belakang telefon pintar berbanding kamera hadapan.

Dalam pada itu, hampir 60 peratus pengguna secara khusus mencari telefon pintar yang mengambil gambar potret yang cantik.

Manakala, 61 peratus pengguna secara khusus mencari telefon pintar yang boleh mengambil gambar pemandangan yang cantik.

Selain itu, hampir 70 peratus pengguna mencari telefon pintar yang mengambil gambar yang jelas dan terang, serta lebih 90 peratus pengguna mengambil foto dan video untuk merakam kenangan.

Sebagai sebuah jenama yang sentiasa memenuhi permintaan pengguna, OPPO mengeluarkan Siri Reno7, dan secara rasminya mengumumkan kedudukan baharu Pakar Potret yang telah membuka tahap baharu untuk Siri Reno.

ImageAndy Shi, Presiden OPPO Asia Pasifik (APAC), mengumumkan kedudukan baharu Pakar Potret pada pelancaran siri OPPO Reno7 bulan lepas - FOTO OPPO

Siri Reno7 baharu menampilkan mod fotografi dan videografi potret dengan tekstur DSLR baharu dan lebih baik serta kesan yang akan membantu pengguna menonjolkan sisi jurugambar dan pengarah kreatif dalaman mereka.

Menampilkan sensor Sony dwi-andalan, OPPO Reno7 Pro menawarkan konfigurasi kamera mantap dan fitur pengimejan peningkatan AI, pakar potret yang berkemampuan untuk mengambil gambar potret seperti DSLR melalui fitur seperti Mod Potret, Video Potret Suar Bokeh dan beberapa ciri lagi.

Kali ini, OPPO telah memperkenalkan sensor IMX709 baharu dan pertama di dunia dan sensor IMX766 yang dibangunkan bersama oleh OPPO dan Sony.

Sony IMX 709 baharu pertama kali digunakan di OPPO Reno7 

ImageKanta sensor cahaya tinggi pertama dikeluarkan di dunia oleh Sony mampu merakam potret ultra-jelas dalam sebarang keadaan cahaya malap dan lampu latar.

Manakala, IMX709 mampu menangkap 60 peratus lebih cahaya daripada penderia RGGB standard sambil mengurangkan hingar sehingga 35 peratus.

Ini sekaligus menyelesaikan isu penangkapan dalam keadaan cahaya malap atau lampu latar yang biasanya disertakan dengan kamera telefon pintar.

Dengan saiz sensor 1/1.56 inci yang besar dan teknologi canggih termasuk Semua Pixel Omni-Directional PDAF dan DOL-HDR, menjamin pengalaman potret yang dipertingkatkan dari bawah.

Di samping itu, pada bahagian hadapan kamera memperlihatkan penyertaan sebuah kamera ultra jelas 32MP membolehkan pengguna menangkap video swafoto berkualiti tinggi dengan mudah.

Sementara itu, ciri Smart Wide-angle membantu mereka mendapatkan swafoto dalam situasi berbeza dengan mudah.

Secara jelasnya, siri OPPO Reno7 5G adalah teman terbaik bagi para pengguna untuk mengekspresikan setiap sisi personaliti mereka dengan pakar potret tanpa had.

Siri OPPO Reno7 kini boleh didapati di semua My OPPO Space, OPPO Brand Store, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, rakan E-dagang dan juga rakan kongsi kedai siri OPPO. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.oppo.com/my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2022 @ 12:48 PM