NOTIS dimuat naik di Facebook Jabatan Imigresen
NOTIS dimuat naik di Facebook Jabatan Imigresen
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dihentikan operasi sementara untuk diselenggara selepas dipercayai digodam, hari ini.

JIM dalam hantaran dimuat naik menerusi akaun rasmi agensi berkenaan di Facebook dan Twitter, hari ini, memaklumkan laman sesawang http://www.imi.gov.my sedang diselenggara buat sementara waktu.

"Sebarang pertanyaan sila hubungi Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my/. Segala kesulitan amat dikesali," katanya.

Terdahulu, carian bagi Jabatan Imigresen Malaysia di Google memaparkan kata-kata 'Hacked By CaptainSmok3r' dalam tajuk bagi hasil carian pertama.

Difahamkan, JIM akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2023 @ 2:43 PM