NORAINI. FOTO arkib NSTP
NORAINI. FOTO arkib NSTP
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilihat mendahului persaingan bagi jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan sayap parti itu hari ini.

Sehingga jam 9.28 malam, Noraini yang juga penyandang mendahului dengan 23 undi berbanding pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang memperoleh 17 undi.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita, Datuk Norliza Abdul Rahman masih mendahului perebutan jawatan berkenaan.

Beliau memperoleh 26 undi berbanding pencabarnya yang juga Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Rosni Zahari mendapat 13 undi.

Shahrizat, 70, yang mengumumkan bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita Umno ketika itu, memutuskan untuk kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat permintaan daripada kalangan pemimpin akar umbi Wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2023 @ 9:52 PM