FERI Langkawi-Kuala Kedah.
FERI Langkawi-Kuala Kedah.
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Perkhidmatan feri penumpang Langkawi-Kuala Kedah akan ditambah empat trip untuk dua destinasi itu sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, ini.

Pengarah Eksekutif Syarikat Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata, jumlah trip perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah pada 21 Januari ini adalah sebanyak sembilan trip.

Katanya, untuk perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi, sebanyak 11 trip.

"Hasil pemantauan trend pembelian tiket secara dalam talian pada tarikh berkenaan melalui Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah menunjukkan peningkatan secara mendadak," katanya.

Beliau berkata, konsortium juga bercadang untuk memperbanyak trip pelayaran feri tambahan sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini melalui Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah antara 19 Januari hingga 29 Januari, bermula 7 pagi hingga 7 malam sekiranya trend pembelian tiket meningkat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2023 @ 8:40 AM