FOTO arkib NSTP
FOTO arkib NSTP
Nur Izzati Mohamad


Kepala Batas: Taman tema air di Bertam, di sini yang ditutup 28 Disember lalu kini boleh beroperasi semula selepas memperoleh lesen daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Jurucakap MBSP dalam kenyataan ringkas, hari ini memaklumkan bahawa permohonan lesen kepada pemilik taman tema air berkenaan diluluskan semalam.

Katanya, kelulusan yang diberikan adalah pada tarikh sama premis itu mendapat kelulusan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) bagi taman tema air terbabit.

Pada 28 Disember lalu, taman tema air berkenaan yang tidak sampai satu bulan beroperasi diarah tutup oleh pihak MBSP.

Penutupan premis itu dibuat atas kesalahan menjalankan aktiviti taman tema air tanpa kebenaran dan tidak mematuhi peruntukan enakmen hiburan di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2023 @ 12:46 PM