Faizul Azlan Razak


Kuala Terengganu: Masjid Kampung La di Hulu Besut, Besut menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di daerah itu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, memaklumkan sehingga jam 8 pagi ini seramai 53 mangsa membabitkan 12 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan.

Difahamkan mangsa yang berada di PPS itu tidak dapat pulang selepas kediaman mereka roboh akibat banjir teruk yang melanda daerah itu.

Banjir yang melanda Terengganu menyebabkan lebih 40,000 penduduk terjejas membabitkan lapan daerah di berpindah ke PPS.

PPS di tujuh daerah sebelum ini sudah ditutup selepas banjir surut, iaitu di Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus dan Marang dan Kuala Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2022 @ 9:30 AM
PENDUDUK melihat halaman rumahnya  selepas banjir surut sepenuhnya di Kampung La. FOTO Ghazali Kori
PENDUDUK melihat halaman rumahnya selepas banjir surut sepenuhnya di Kampung La. FOTO Ghazali Kori