Siti Nur Qurratul'aina Quddus

SEJARAH baharu tercipta buat Malaysia apabila seluruh rakyat  menunaikan tanggungjawab mereka dengan mengundi pada 19 November lalu untuk Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU-15).

Sejak dari itu sehingga keputusan pengundian, rakyat Malaysia memilih portal sehenti komprehensif untuk semua berkaitan PRU-15, MyUndi untuk menjejaki segala perkembangan terkini PRU.

Mula diperkenalkan syarikat media digital REV Media Group (REV) ketika PRU-14 pada 2018, portal MyUndi sebagai portal sehenti yang komprehensif untuk semua yang berkaitan dengan PRU-15.

MyUndi menyediakan berita, video, maklumat grafik dan kandungan berkaitan pilihan raya yang komprehensif dan menarik serta boleh diakses sepanjang 24 jam.

Di samping itu, penurunan usia mengundi kepada 18 tahun selepas pelaksanaan baharu UNDI18 menyumbang kepada hampir lapan juta pengundi baharu.

Bagi pengundi kali pertama, MyUndi juga memainkan peranan penting untuk menyediakan berita, maklumat dan data yang menyeluruh untuk memastikan pengundi sedia maklum.

Portal MyUndi secara khusus memperoleh lebih daripada 50 juta paparan halaman pada PRU-15 lalu, menjadikan ia saat paling bersejarah bagi Malaysia.

Semua laman sesawang digital di bawah kelolaan REV menerima jumlah pelawat kira-kira 10.4 juta mencecah hampir 50 peratus daripada jumlah populasi Internet di seluruh platform digitalnya merangkumi New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, dan Says pada malam pilihan raya lalu.

Gabungan kesemua laman sesawang digital ini menyaksikan pertumbuhan yang sangat luar biasa berbanding PRU-14 sebelum ini, di mana jumlah pengguna ke platform meningkat sebanyak 85 peratus manakala paparan halaman (PV) meningkat sebanyak 316 peratus.

MyUndi turut memperkenalkan ciri baharunya iaitu Suara Kita yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyuarakan pendapat dan idea mereka berhubung kerajaan baharu yang bakal dipilih sebelum proses pengundian yang lalu.

Dengan info data dan pemetaan ke REV ID, penyelesaian hak milik yang dibina secara dalaman untuk menggerakkan pengumpulan First-Party Data, REV dapat mengoptimumkan capaian dan penukaran kandungan sepanjang tempoh pilihan raya.

Gabungan First-Party Data dengan trafik semasa PRU-15 membolehkan REV memperkaya pengumpulannya untuk melaksanakan lebih banyak kempen sasaran dengan penukaran yang lebih baik pada masa hadapan.

REV berjaya menyampaikan maklumat yang menyeluruh dan menarik semasa tempoh pilihan raya dan berhasil meraih 82 juta tanggapan melalui semua iklan digital di semua laman sesawang digital REV.

Image

Selain itu, MyUndi juga menjadi antara carian tertinggi dan tersenarai di tempat kelima dalam Top Trending Searches di Malaysia oleh Google untuk tahun ini.

Dengan pilihan raya negeri pada 2023 untuk negeri-negeri tertentu, REV dapat memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengundi melalui platformnya dan juga nilai yang lebih tinggi kepada jenama atau pelanggan yang memaksimumkan First-Party Data melalui REV ID.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2022 @ 12:02 PM