BERNAMA

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia dipercayai mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan polis.

Sebelum ini, media melaporkan tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang.

Maklumat awal pihak polis terdapat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.

Dalam pada itu, bomba melaporkan 37 individu berjaya diselamatkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Disember 2022 @ 9:02 AM