Irwan Shafrizan Ismail

Putrajaya: Dalam kesibukan jadual hari pertamanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa untuk singgah makan tengah hari di Medan Selera Presint 8, di sini, hari ini.

Beliau tiba ke medan selera terbabit, 12.20 tengah hari sebelum bertemu dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung dan peniaga.

Juadah nasi beriani kambing menjadi pilihan Perdana Menteri untuk santapan tengah harinya.

Peluang yang ada turut dimanfaatkan pengunjung untuk mengambil foto kenangan bersama Perdana Menteri ke-10 itu.

ANWAR menjamu selera di Medan Selera Presint 8, Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ANWAR menjamu selera di Medan Selera Presint 8, Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Perdana Menteri seterusnya akan menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Putra di sini.

Anwar memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri, hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2022 @ 12:59 PM