TIGA maut dan seorang cedera apabila sebuah perodua kancil terbabas dalam kemalangan di Km165.8 Lebuhraya Pantai Timur arah Selatan, di Maran. FOTO IHSAN BOMBA
TIGA maut dan seorang cedera apabila sebuah perodua kancil terbabas dalam kemalangan di Km165.8 Lebuhraya Pantai Timur arah Selatan, di Maran. FOTO IHSAN BOMBA
BERNAMA

Kuantan: Tiga meninggal dunia manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas di Kilometer 165.8, Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) arah barat di Maran, hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, mereka yang meninggal dunia ialah dua wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa, namun identiti mangsa belum diketahui.

"Bomba dimaklumkan berkaitan kejadian jam 8.10 pagi. Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Kancil, dua daripada mangsa yang meninggal dunia tersepit di dalam kereta itu," katanya pada kenyataan.

Ismail berkata, mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mayat dibawa ke Hospital Jengka, Maran untuk proses seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2022 @ 12:06 PM