MOHAMAD Zabidin. FOTO portal rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
MOHAMAD Zabidin. FOTO portal rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
BERNAMA

Putrajaya: Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilantik sebagai pemangku Hakim Besar Malaya.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suzarika Sahak, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara itu.

Jawatan Hakim Besar Malaya kosong selepas persaraan Tan Sri Azahar Mohamed pada 27 Oktober lalu.

Zabidin, 65, dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 4 Feb tahun ini selepas menyandang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada 26 November 2018.

Sebelum itu, beliau menjadi Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Ogos 2004 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2006.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2022 @ 9:54 PM