GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan di sini, menolak perintah pembangunan yang diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi cadangan pembangunan projek kediaman di Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Rhodzariah Bujang, dalam keputusan sebulat suara hari ini berkata rayuan yang dikemukakan tiada merit.

Cadangan pembangunan itu yang merangkumi sembilan blok pangsapuri bertingkat, terutamanya lapan blok pangsapuri servis 42-54 tingkat dan satu blok pangsapuri mampu milik 29 tingkat, dengan satu ruang bawah tanah dan tempat letak kereta podium.

Pada 2021, Mahkamah Rayuan menolak perintah pembangunan itu selepas keputusannya memihak kepada semakan kehakiman yang dimohon Persatuan Penduduk TTDI.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2023 @ 12:49 PM