PASUKAN Unit Light Strike Force (LSF) melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) setelah SPR menolak borang pencalonan Datuk Peter Anthony. FOTO Ihsan Barry PKDM
PASUKAN Unit Light Strike Force (LSF) melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) setelah SPR menolak borang pencalonan Datuk Peter Anthony. FOTO Ihsan Barry PKDM
Rafiqah Dahali


Image

Kota Kinabalu: Rakyat di negeri ini terutama penyokong parti diminta tidak terlalu mengikut emosi sehingga mencetuskan kekecohan sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berlangsung.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mereka tidak perlu beremosi dan kekal tenang bagi memastikan kelancaran pilihan raya ini.

"Saya mengutuk sebarang kekerasan dan kekacauan dalam PRU-15.

"Jadi, saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat punca insiden berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengulas mengenai insiden di pusat penamaan calon di Tenom pagi tadi, yang mana didakwa berlaku rusuhan apabila pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony ditolak.

Terdahulu, media melaporkan terdapat kekecohan dan rusuhan dilakukan oleh penyokong Peter di perkarangan Dewan DSP Antanom sehingga menyebabkan pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Rakaman video insiden terbabit telah tular di laman media sosial.

Dalam perkembangan lain, Bernama melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sedang menunggu laporan terperinci daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berhubung insiden terbabit

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 6:31 PM