PETUGAS SPR di Pusat Penamaan Calon Parlimen Putrajaya. FOTO Bernama
PETUGAS SPR di Pusat Penamaan Calon Parlimen Putrajaya. FOTO Bernama
Irwan Shafrizan Ismail


Image

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memaklumkan enam kertas pencalonan ditolak pada penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, kertas pencalonan ditolak membabitkan empat kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Tiada kerusi yang menang tanpa bertanding pada penamaan calon PRU-15 hari ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 222 pusat penamaan calon dibuka dari 9 hingga 10 pagi bagi calon mengemukakan pencalonan.

"Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan merekodkan jumlah pertandingan tertinggi dengan iaitu sebanyak 10 penjuru manakala Dun Chenderiang di Perak membabitkan tujuh penjuru.

"Pilihan Raya Kecil Dun Bugaya juga membabitkan pertandingan tujuh penjuru," katanya.

Beliau berkata maklumat terperinci berhubung penamaan calon hari ini akan dikeluarkan SPR pada petang ini.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) bagi perjalanan kempen dan mengundi termasuk bagi kes Covid-19 pula akan dikeluarkan kemudian

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 4:41 PM