MOHD Nizar atau mesra dengan gelaran Ustaz ‘YB Sempoi’ merasmikan program olahraga.
MOHD Nizar atau mesra dengan gelaran Ustaz ‘YB Sempoi’ merasmikan program olahraga.

Parit: Penyandang kerusi Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria terus menyantuni masyarakat Parit tanpa perlu menunggu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dikenali juga sebagai Ustaz 'YB Sempoi', keberadaan Mohd Nizar cukup disenangi masyarakat sekeliling tidak mengira umur, pangkat dan kaum.

Sesiapa saja disapa dengan mesra bagi bertanyakan khabar malahan ramai juga masyarakat Parlimen Parit tidak kira di kawasan Bota Kanan, Bota Kiri atau Bandar Universiti Iskandar boleh mengadu setiap permasalahan dan melontarkan pandangan serta idea demi pembangunan setempat.

"Saya sudah terbiasa dengan keadaan sebegini. Iaitu bertemu masyarakat seboleh yang mungkin.

"Kita kena menghargai rakyat termasuk pengundi yang menyokong saya selama ini.

"Saya ini orang kampung dan dipilih sebagai wakil rakyat mereka (kawasan Parlimen Parit) dan dulu di DUN (Belanja). Perlu memahami kehendak rakyat.

"Kerja bertemu rakyat ini tidak mengira masa. Sebab itu saya perlu berada dekat dengan rakyat. Waktu senang apatah lagi pada waktu susah ini," kata Mohd Nizar ketika ditemui selepas menghadiri beberapa program bersama masyarakat.

MOHD Nizar mendengar permasalahan penduduk setempat.
MOHD Nizar mendengar permasalahan penduduk setempat.

Antara program yang disinggahi dan dirasmikan ialah program santai bersama belia dan orang kampung di Bota Kiri, melawat keadaan bangunan Dewan Orang Ramai Kampung Kepala Pulau Mukim Layang-Layang Parit dan merasmikan majlis penutup Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Bota Kanan di Stadium Bakri Rais.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon Pas, Dr Najiha Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 November 2022 @ 2:56 PM