PENUNGGANG motosikal meredah banjir ketika tinjauan dibuat di Jalan Ketiau-Putatan, berhampiran Putatan, dekat Kota Kinabalu, semalam. FOTO Mohd Adam Arinin
PENUNGGANG motosikal meredah banjir ketika tinjauan dibuat di Jalan Ketiau-Putatan, berhampiran Putatan, dekat Kota Kinabalu, semalam. FOTO Mohd Adam Arinin
BERNAMA

Kota Kinabalu: Seramai 142 orang daripada 36 keluarga mangsa banjir di Sabah ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) dalam bencana membabitkan Penampang, Putatan, Papar dan Beaufort, setakat 8 pagi ini.

Jumlah itu meningkat berbanding hanya 88 orang daripada 16 keluarga mangsa banjir membabitkan tiga daerah semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Sabah dalam kenyataan memaklumkan empat PPS beroperasi ialah Dewan Kebudayaan di Penampang yang menempatkan 20 mangsa daripada empat keluarga; Dewan PPR Sri Keramat, Putatan (61 mangsa daripada 11 keluarga).

Dua lagi PPS ialah Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU di Papar (10 mangsa daripada dua keluarga); dan Dewan DSP Mohd Dun Banir, Beaufort (51 mangsa daripada 19 keluarga).

Kesemua PPS berkenaan masing-masing dibuka pada Ahad dan Isnin susulan hujan lebat berterusan sejak Sabtu lepas.

Cuaca mendung pada pagi ini di sekitar Kota Kinabalu dan pantai barat Sabah, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir di beberapa lokasi dan hujan pada sebelah petang di kawasan terbabit kecuali Putatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2022 @ 9:21 AM