Gambar hiasan
Gambar hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kes harian baharu Covid-19 untuk minggu pertama Oktober 2022 berada bawah paras 2,000 dengan 1,794 kes dilaporkan semalam (6 Okt) termasuk lima (5) kes import dan empat (4) kes kematian.

Kumulatif kes Covid-19 Malaysia kini sebanyak 4,850,108 kes dan setakat semalam (6 Oktober), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat sebanyak 23,601 kes aktif Covid-19 dan 95.8 peratus (22,617 kes) dikuarantin di rumah.

Kes terendah untuk Oktober setakat ini adalah 1,244 (3 Okt) berbanding 1,186 yang dicatat pada 26 Sept.

Menurut data KKMNOW yang dikemaskini pada 7 Okt 2022, daripada 1,794 kes semalam, empat (4 negeri mencatat kes tiga angka iaituSelangor (528), WP Kuala Lumpur (430), Perak (162) dan Sabah (132).

Kes dua angka dilaporkan di Pulau Pinang (85), Negeri Sembilan (85), Kedah (76), Melaka (58), Sarawak (57), Johor (45), Kelantan (38), WP Putrajaya (32), Pahang (32) dan Terengganu (25).

Kes satu angka di Perlis (8) dan WP Labuan (1).

Sebanyak 1,227 kes sembuh Covid-19 dilaporkan, menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 4,790,116 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2022 @ 2:37 PM