GAMBAR hiasan. FOTO Danial Saad
GAMBAR hiasan. FOTO Danial Saad
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bukan sahaja berdepan dengan Gelombang Keempat penularan Covid-19, Malaysia juga perlu bersiap siaga menghadapi ancaman "omicron", varian baharu dari Afrika Selatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini merujuk strain baharu COVID itu sebagai B.1.1.529, sebagai Varian of Concern (VOC), mula dikesan di wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

Varian baharu itu dilaporkan mempunyai 32 mutasi spike protein, iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta (B.1.617) yang mencetuskan ledakan kes Covid-19 di India.

Berkuat kuasa hari ini, sekatan sementara dikenakan kepada semua warganegara asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Nambia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Kerajaan juga melarang pengembara warganegara Malaysia daripada melakukan perjalanan ke negara berkenaan.

Warganegara Malaysia dan pemegang pas penduduk tetap yang pulang ke Malaysia dari negara berkenaan dibenarkan memasuki negara tetapi dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin tanpa mengira status vaksinasi. Mereka juga tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berdasarkan survelan genomik yang dijalankan sehingga semalam, tiada virus varian baharu Covid-19, B.1.1.529 dilaporkan di Malaysia.

Setakat ini, tiga negara melaporkan kes berkaitan varian baharu itu iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (4 kes) dan Hong Kong (2 kes).

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersiapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan berlaku Gelombang Ke-4 jangkitan Covid-19, termasuk peningkatan kes akibat Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang dijangka dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 14 hari.

KKM juga akan mengumumkan satu sistem amaran berisiko tinggi sekiranya berlaku gelombang peningkatan kes Covid-19, sehingga ke tahap kritikal.

Dengan episod pandemik Covid-19 hampir memasuki tahun kedua, Malaysia pernah dibebani sehingga sebanyak 24,599 kes baharu pada 26 Ogos 2021 serta kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 265,841 kes.

Di samping varian ganas termasuk Delta yang sudah menular di negara ini, faktor rentas negeri (yang dibenarkan Kerajaan mulai 10 Oktober 2021) dan PRN Melaka, ada beberapa lagi situasi yang dibimbangi memungkinkan berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

Satu lagi PRN akan berlangsung iaitu PRN Sarawak pada 18 Disember depan dan pelaksanaan pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Darat (VTL-Land) dan VTL-Air antara kedua-dua negara, bermula Isnin ini.

Semalam, KKM melaporkan angka kes harian baharu sebanyak 5,501 kes, meningkatkan kes kumulatif kepada 2,614,480 kes.

Dengan kes kumulatif2,614,480 kes, Malaysia kini di tangga 20 daripada 222 negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Filipina (2,830,387 kes) dan Afrika Selatan (2,952,500 kes).

Kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan setakat 11:59 malam 26 November, adalah sebanyak 67,547 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (20 hingga 26 November), data kes harian baharu adalah seperti berikut:-

20 November (5,859 kes), 21 November(4,854 kes), 22 November (4,885 kes), 23 November (5,594 kes), 24 November (5,755 kes), 25 November (6,144 kes) dan 26 November (5,501 kes).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 5,501 kes harian yang dilaporkan semalam, sebanyak 78 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 5,423 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Setakat semalam, jumlah kes pesakit Covid-19 yang sembuh adalah sebanyak 6,664 kes, menjadikan kes kumulatif sembuh kepada 2,516,693 kes (96.3 peratus).

Sebanyak 445 kes yang disahkan Covid-19, memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat hari ini (26 November) dan 167 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian Covid-19 di Malaysia melepasi angka 30,000 pada 21 November dan setakat jam 11:59 malam, 26 November, sebanyak 45 lagi kes dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 30,240 kes.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini, seperti berikut:-

20 November (1.01), 21 November (1.00), 22 November (1.00), 23 November (1.00), 24 November ( 0.99 ) dan 25 November(0.99).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 25 November adalah WP Labuan (1.19) , WP Kuala Lumpur (1.06) dan Melaka (1.06).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Dr Noor Hisham dalam laporan 'Situasi dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia' berkata, sebanyak 266 kes baharu varian, kesemuanya, Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta, dilaporkan dalam tempoh 16 hingga 24 November.

Kesemua 266 kes ini dikesan di Perak (55 kes), Sabah (44 kes), Selangor (27 kes), Pahang (26 kes), Johor (25 kes), Kelantan (22 kes), Pulau Pinang (21 kes), Kuala Lumpur (16 kes), Kedah (12 kes), Negeri Sembilan (4), Melaka (4), Perlis (3), Putrajaya (3), Labuan (2) dan Terengganu (2).

Dengan ini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,177 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,157 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Setakat 26 November, Malaysia hanya mempunyai 236 kluster aktif. Untuk rekod, sebanyak 5,920 kluster dikesan di negara ini dan sebanyak 5,684 kluster daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (20 hingga 26 November), berdasarkan data KKM, jumlah kluster baharu yang dilaporkan sebanyak 43 kluster.

Sementara itu, perincian 5,501 kes harian baharu pada 26 November mengikut negeri adalah seperti berikut:-

(+kes import)

Kes harian baharu empat angka - Selangor 1,472 (+7);

K​​​​es harian baharu tiga angka - Johor 428 (+2), Kedah 428, Kelantan 442, Melaka 226 (+3), Negeri Sembilan 158 (+1), Pahang 358, Perak 262, Pulau Pinang 369, Sabah 485 (+1), Sarawak 144, Terengganu 185 (+4) dan WP Kuala Lumpur 394 (6).

Kes harian baharu dua angka - Putrajaya 68 (+1), Perlis 30 dan Labuan 27.

Senario Wabak Covid-19 Di Malaysia (19 hingga 26 November)

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

20 November (69,485 kes), 21 November (68,790 kes), 22 November (67,986 kes), 23 November (68,625 kes), 24 November ( 69,261 kes), 25 November (68,755 kes) dan 26 November ( 67,547 kes).

Pecahan pesakit Covid-19 mengikut kategori:-

Daripada 5,859 kes harian yang dilaporkan pada 20 November;

102 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,757 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,854 kes harian yang dilaporkan pada 21 Nov 2021;86 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan4,768 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,885 kes harian yang dilaporkan pada 22 November;91 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan4,794 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,594 kes harian yang dilaporkan pada 23 November;85 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan5,509 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,755 kes harian yang dilaporkan pada 24 November;101 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,654 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 6,144 kes harian yang dilaporkan pada 25 November 2021; 96 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 6,048 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,501 kes harian yang dilaporkan pada 26 November ;78 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,423 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

20 Nov (4,970 kes), 21 Nov (5,525 kes), 22 Nov (5,628 kes), 23 Nov (4,908 kes), 24 Nov (5,082 kes), 25 Nov (6,602 kes) dan 26 Nov (6,664 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 26 Nov 2021 sebanyak 2,516,693 kes (96.3 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

20 November- Kes baharu 5,859 kes (2,581,747 kes kumulatif); Kes import :19 kes (13 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan 5,840 kes ([5,629 warganegara (96.4%); 211 bukan warganegara (3.6%)];

21 Nov - Kes baharu 4,854 kes (2,586,601 kes kumulatif); Kes import : 12 kes (8 warganegara; 4 bukan warganegara); Kes tempatan : 4,842 kes[4,643 warganegara (95.9%); 199 bukan warganegara (4.1%)];

22 Nov - Kes baharu 4,885 kes (2,591,486 kes kumulatif); Kes import : 18 kes (15 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 4,867 kes[4,732 warganegara (97.2%); 135 bukan warganegara (2.8%)];

23 Nov - Kes baharu 5,594 kes (2,597,080 kes kumulatif); Kes import : 24 kes (15 warganegara; 9 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,570 kes[5,297 warganegara (95.1%); 273 bukan warganegara (4.9%)];

24 Nov - Kes baharu 5,755 kes(2,602,835 kes kumulatif); Kes import : 23 kes (15 warganegara; 8 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,732 kes[5,501 warganegara (96.0%); 231 bukan warganegara (4.0%)];

25 Nov - Kes baharu : 6,144 kes(2,608,979 kes kumulatif); Kes import : 12 kes (11 warganegara; 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,132 kes[5,862 warganegara (95.6%); 270 bukan warganegara (4.4%)].

26 Nov - Kes baharu : 5,501 kes (2,614,480 kes kumulatif); Kes import: 25 kes (13 warganegara; 12 bukan warganegara); Kes tempatan: 5,476 kes [5,278 warganegara (96.4 peratus); 198 bukan warganegara (3.6 peratus)].

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

20 November - 38 kes (BID 5), 21 November - 24 kes (BID 6), 22 November - 63 kes (BID 13), 23 November - 47 kes (BID 10), 24 November - 37 kes (BID 9), 25 November - 48 kes (BID 10 kes) dan 26 November - 45 kes (BID 10).

*Jumlah kes kematian sehingga 26 Nov 2021 sebanyak 30,240 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

20 Noveber - 1 kluster (kluster pendidikan 1);

21 November - 3 kluster (kluster tempat kerja 1 dan kluster komuniti 2);

22 November - 7 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster komuniti 1 dan kluster pendidikan 2);

23 November - 10 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 4 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

24 November - 8 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster komuniti 1, kluster pendidikan 2 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

25 November - 7 kluster (kluster tempat kerja 2, kluster komuniti1, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2).

26 November - 7 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster pendidikan 2 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 9:04 AM