Yun Mikail

Tenom: Perbicaraan membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew berkaitan pertuduhan gangguan seksual di Mahkamah Majistret Tenom memasuki hari ketiga, hari ini.

Mengenakan baju warna biru muda dan berkopiah putih, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 9.30 pagi.

Perbicaraan hari kedua semalam masih membabitkan saksi pertama pendakwaan yang juga pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu.

Bagaimanapun, perbicaraan ditangguhkan pada 4.30 petang semalam dan disambung pagi ini.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual apabila membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.

Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

EBIT tiba di Mahkamah Majistret Tenom. FOTO Yun Mikail
EBIT tiba di Mahkamah Majistret Tenom. FOTO Yun Mikail

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2022 @ 10:11 AM