POLIS menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat lelaki. FOTO Melvin Joni.
POLIS menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat lelaki. FOTO Melvin Joni.
Melvin Joni


Sibu: Orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di tepi Jalan Tanjung Malimg, Sungai Bidut di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam yang menghubungi talian kecemasan MERS 999 pada 9.24 pagi.

"Pemeriksaan pihak polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada badan si mati.

"Pemeriksaan pada kedua-dua lengan si mati juga tiada sebarang kesan suntikan BCG," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Suhaili berkata, tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh si mati serta tiada unsur jenayah dikesan berlaku di tempat penemuan mayat itu setakat ini.

"Bedah siasat akan dilakukan untuk mengetahui punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada mana-mana saksi, waris atau majikan yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ataupun keluarga/pekerja untuk segera tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis menerusi balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Binsin Lunjong di talian 017-8025675.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2022 @ 6:53 PM