MAYAT lelaki ditemui di dalam semak di tepi Jalan Kristal, Sibujaya, Sibu.FOTO Ihsan PDRM.
MAYAT lelaki ditemui di dalam semak di tepi Jalan Kristal, Sibujaya, Sibu.FOTO Ihsan PDRM.
Norsyazwani Nasri


Sibu: Mayat lelaki tanpa identiti sudah reput ditemukan dalam semak di tepi Jalan Kristal, Sibujaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, laporan dibuat seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun memaklumkan menjumpai objek menyerupai satu rangka manusia di kawasan berkenaan.

"Balai Polis Sibujaya menerima laporan berhubung kes ini jam 10.08 pagi.

"Siasatan awal polis mendapati, objek tersebut adalah satu mayat lelaki tidak berbaju dan memakai seluar jeans wama biru dalam keadaan terbaring," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat terbabit dipercayai meninggal dunia lebih dari sebulan.

"Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pengenalan identiti dijumpai.

"Mayat dibawa ke Rumah Mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kehilangan ahli keluarga atau mengenali mangsa boleh berhubung dengan balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Rodua Tayo ditalian 013-8420588 atau Bilik Gerakan IPD Sibu di talian 084-364373 bagi membantu siasatan.

"Setakat ini kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2023 @ 1:50 PM