GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Seorang anggota penguat kuasa agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,500 daripada seorang individu yang melakukan kesalahan maritim.

Lelaki berusia 28 tahun yang bertugas di Kota Kinabalu itu ditahan SPRM Sabah di Sepanggar, di sini, pada 7.30 malam, semalam.

Sumber berkata, suspek menerima sogokan itu sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap individu terbabit yang menggunakan lesen kapal kecil tamat tempoh.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, suspek ditahan selama 24 jam untuk diambil keterangan dan dilepaskan dengan jaminan SPRM hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mac 2021 @ 5:50 PM