Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Amirul Aiman Hamsuddin


Sabak Bernam: Sebanyak 143 kawasan di wilayah Sabak Bernam dan satu kawasan di wilayah Hulu Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai malam ini.

Ia susulan kebocoran paip di jajaran paip air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headworks (BRH), Hulu Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan, henti tugas sementara LRA BRH dilakukan pada 10 malam ini.

Pelaksanaan kerja-kerja pembaikan bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di semua kawasan berkenaan.

Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 8 pagi, 14 September.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2022 @ 11:10 PM