GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa dimulakan pada jam 9 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, kerja-kerja itu mengikut jadual seperti yang diumumkan 26 Julai lalu.

Katanya, ia dijangka siap pada jam 9 malam ini.

"Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna selepas sistem bekalan air distabilkan.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Menurutnya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di semua 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor pada jam 1 pagi, 11 Ogos ini.

"Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti yang dipaparkan di laman Facebook.

"Pengguna juga boleh melayari laman sesawang http://hentitugas.airselangor.com/ untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2022 @ 10:08 AM