GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Kes harian Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 2,078 kes baharu semalam, berbanding 2,464 kes kelmarin.

Menerusi laman Covidnow, kes yang dilaporkan itu membabitkan 2,066 kes tempatan dengan 12 kes import.

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang pernah dijangkiti virus itu kini meningkat kepada 4,759,830 kes.

Sehingga kini, 37,696 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dengan 96 peratus menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu 1,409 kes atau 3.7 peratus sudah mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (31), Unit Rawatan Rapi (ICU) (69) dengan 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Secara keseluruhannya, kadar penggunaan ICU di seluruh negara adalah 61.5 peratus, bagaimanapun bagi kegunaan pesakit Covid-19 adalah pada kadar 18.5 peratus.

Semalam turut dilaporkan 10 kes kematian dengan tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Ia menjadikan jumlah angka korban di negara ini adalah 36,155 kes.

Sementara itu, 3,290 kes sembuh dicatatkan sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan individu yang sudah pulih sebanyak 4,685,979 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2022 @ 12:36 PM