Fatimah Ibrahim, 68, menunjukkan bumbung bahagian anjung kediamannya yang diterbangkan ribut di Kampung Pasir Gembur, Tanjung Bidara dekat Masjid Tanah. FOTO Hassan Omar
Fatimah Ibrahim, 68, menunjukkan bumbung bahagian anjung kediamannya yang diterbangkan ribut di Kampung Pasir Gembur, Tanjung Bidara dekat Masjid Tanah. FOTO Hassan Omar
Hassan Omar


Masjid Tanah: "Saya tidak mampu membaik pulih bumbung kediaman yang rosak teruk akibat ribut pagi semalam. Saya harap ada pihak sudi membantu," ujar mangsa ribut, Fatimah Ibrahim, 68.

Fatimah berkata, bumbung bahagian anjung dan ruang tamu kediamannya di Kampung Pasir Gembur, Tanjung Bidara di sini, 'lesap' diterbangkan ribut pada jam 9.45 pagi.

Menurutnya, rumah berkenaan dihuninya bersama-sama seorang anak perempuan berusia 35 tahun, cucu perempuan berusia 18 tahun selain menantu lelaki berusia 36 tahun.

Beliau berkata, hanya dia dan cucu berada di dalam rumah manakala anak perempuan dan suaminya keluar bekerja ketika ribut dari laut datang membadai kampung berkenaan.

"Hanya dalam tempoh kira-kira dua minit, bumbung anjung dan ruang tamu diterbangkan angin kencang berserta hujan lebat," katanya tadi.

Setakat ini dia dan anggota keluarga hanya mampu mengalihkan perabot dan perkakas elektrik ke bahagian dapur manakala bahagian bumbung yang diterbangkan ribut masih gagal dibaik pulih.

Seorang lagi mangsa, Kamsani Saadon, 60, berkata, kediaman kakaknya turut mengalami kerosakan bumbung dan masih belum dibaik pulih.

"Saya dan isteri menumpang tinggal di rumah kakak selepas bersara daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Februari lalu. Ketika ini kami masih menunggu kediaman kami yang sedang dibina siap.

"Ribut itu amat menakutkan kami kerana bumbung rumah diterbangkan angin sekelip mata. Tetapi kami bersyukur kerana tiada sesiapa cedera," katanya.

Seorang lagi mangsa Rahmat Hassan, 65, berkata, dia tidak mampu membiayai kerja baik pulih keseluruhan bumbung kediaman yang diterbangkan angin kencang kerana sudah tidak bekerja.

Katanya, akibat kehilangan keseluruhan bumbung, dia dan isteri, Fatimah Main, 60, terpaksa menumpang tinggal di rumah kakaknya.

Dalam kejadian ribut semalam, sebanyak 58 rumah dengan 50 daripadanya di Kampung Pasir Gembur manakala di Kampung Ayer Hitam Pantai (6 rumah), Ayer Hitam Darat dan Balik Batu (masing-masing satu) rosak akibat dipukul ribut.

Bagaimanapun, tiada kehilangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Pix 1 dan 2: Fatimah Ibrahim, 68, menunjukkan bumbung bahagian anjung kediamannya yang diterbangkan ribut di Kampung Pasir Gembur, Tanjung Bidara dekat Masjid Tanah.

Pix 3: Pekerja membaik pulih bumbung kediaman Mohd Arif yang rosak teruk akibat dipukul ribut di Kampung Pasir Gembur, Tanjung Bidara dekat Masjid Tanah.

Pix 4-6: Rahmat memerhatikan keseluruhan bumbung kediamannya yang diterbangkan angin kencang di Kampung Pasir Gembur, Tanjung Bidara dekat Masjid Tanah.

Pix 7 dan 8: Mohd Ridzuan membaik pulih bumbung kediamannya yang rosak dipukul ribut di Kampung Pasir Gembur, Tanjung Bidara dekat Masjid Tanah.

Pix 9: Kamsani (kiri) dan anaknya memerhatikan bumbung kediaman kakaknya yang rosak teruk akibat dilanda ribut dan kediamannya yang masih dalam pembinaan di Kampung Pasir Gembur, Tanjung Bidara

dekat Masjid Tanah.

Pix 10: Fatimah Ibrahim, 68.

Pix 11: Kamsani Saadon, 60.

Pix 12: Mohd Arif Haru

From: HJ HASAN

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2022 @ 5:31 PM