YUSOF (tengah) dan Mohd Reini memasang enjin motor sangkut pada perahu yang baharu siap di kediaman mereka di Kampung Telok Berembang, Lubok Cina Masjid Tanah. FOTO Hassan Omar
YUSOF (tengah) dan Mohd Reini memasang enjin motor sangkut pada perahu yang baharu siap di kediaman mereka di Kampung Telok Berembang, Lubok Cina Masjid Tanah. FOTO Hassan Omar
Hassan Omar

Masjid Tanah: Serik selepas kerap menjadi mangsa banjir besar sebelum ini, seorang lelaki warga emas nekad membeli perahu dan enjin motor sangkut bernilai hampir RM8,000.

Yusof Hassan, 72, berkata, tragedi banjir yang semakin kerap berlaku di negara ini menyebabkan dia mengambil keputusan membeli bot untuk keselamatan anggota keluarga.

Menurutnya, pengalaman mengharungi banjir besar pada 18 Disember lalu mendorongnya membelanjakan wang berkenaan demi nyawa anak serta dua cucunya.

"Saya amat terkesan dengan banjir besar pada Disember lalu. Trauma dirasai hingga kini," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Telok Berembang, Lubok Cina di sini, semalam.

Dalam kejadian banjir besar itu, air mulai naik pada jam 5 pagi menyebabkan Yusof dan anggota keluarganya bergegas menyelamatkan diri.

Sementara itu anak lelakinya, Mohd Reini, 45, berkata, kedudukan rumah mereka berhampiran sungai memerlukan mereka bersedia setiap masa.

-ends-

Pix 1-4: Yusof (tengah) dan Mohd Reini memasang enjin motor sangkut pada perahu yang baharu siap di kediaman mereka di Kampung Telok Berembang, Lubok Cina Masjid Tanah hari ini.

Pix 5 dan 6: Yusof menunjukkan alat untuk menarik tali sauh yang diciptanya sendiri pada perahu yang baharu disiapkan di kediaman mereka di Kampung Telok Berembang, Lubok Cina Masjid

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2022 @ 3:57 PM