AB Rauf menyampaikan sumbangan telur pada program Gerobok Rezeki Umno Bahagian Masjid Tanah di Japerun Tanjung Bidara hari ini. FOTO Hassan Omar
AB Rauf menyampaikan sumbangan telur pada program Gerobok Rezeki Umno Bahagian Masjid Tanah di Japerun Tanjung Bidara hari ini. FOTO Hassan Omar
Hassan Omar


Masjid Tanah: "Alhamdulillah, sepapan telur yang saya dapat ini mampu membantu isteri membuat kuih raya atau digoreng untuk berbuka puasa hari ini," kata nelayan, Mohd Zaidi Azali, 54.

Dia antara anggota komuniti yang hadir untuk mengambil telur diedarkan secara percuma di perkarangan Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Bahan makanan itu diberikan secara percuma oleh Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melalui program Gerobok Rezeki kepada anggota komuniti dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Bidara.

Setiap Dun lain dalam Parlimen Masjid Tanah iaitu Ayer Limau, Taboh Naning, Kuala Linggi dan Lendu turut menyediakan 1,500 papan telur untuk anggota komuniti di kawasan masing-masing.

Pekerja swasta, Mohd Salihin Awang, 36, berkata, sumbangan itu mengurangkan bebannya membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

"Alhamdulillah, telur ini kalau tidak dibuat kuih, boleh digunakan untuk digoreng atau masak sambal atau kari buat berbuka petang ini.

"Semoga ada banyak lagi pihak yang sanggup bersedekah kepada orang yang hidup susah macam saya," katanya.

Samsiah Abdul Hamid, 50, berkata, dia bercadang menggunakan telur itu untuk membuat kuih raya.

"Satu papan telur pun jadilah untuk membantu meringankan beban saya membeli telur untuk dibuat kuih raya," katanya.

Sementara itu, Abd Rauf berkata, ia adalah sebahagian daripada program Gerobok Rezeki Umno Bahagian Masjid Tanah yang dimulakan dengan sumbangan 10,000 bahan makanan berbuka puasa pada 20 April lalu.

Selain itu, semalam Umno bahagian berkenaan menyumbangkan 5,000 botol minyak masak satu liter secara percuma melalui pembelian barangan bernilai lebih RM30 dan RM50 pelanggan di Malakat Mall, di sini.

Bagi setiap pembelian barangan lebih RM30 di pasar raya itu, pengguna diberikan sebotol minyak masak manakala bagi pembelian melebihi nilai RM50, mereka menikmati dua botol.

Pix 1: Mohd Salihin Awang menerima telur daripada Ab Rauf pada program Gerobok Rezeki UMNO Bahagian Masjid Tanah di JAPERUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah hari ini.

Pix 2 dan 3: Mohd Zaidi Azali menerima telur daripada petugas JAPERUN Tanjung Bidarapada program Gerobok Rezeki UMNO Bahagian Masjid Tanah di JAPERUN itu hari ini.

Pix 4-8: Ab Rauf Yusoh mengagihkan telur kepada anggota komuniti di JAPERUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah hari ini.

Pix 9: Petugas JAPERUN Tanjung Bidara menyerahkan telur kepada anggota komuniti JAPERUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 10:59 AM