GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Ampang Jaya: Seorang lelaki tergamak memberikan wang hasil samun kedai serbaneka untuk digunakan isteri sebagai perbelanjaan harian.

Namun, tindakannya hanya mengundang padah apabila dia bersama seorang rakan ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata,

penahanan suspek oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di Taman Seri Watan dan Bandar Baru Ampang pada 1.15 pagi, hasil risikan dan maklumat awam.

Menurutnya, suspek sebelum ini dilapor menyamun kedai serbaneka di Taman Ampang Mewah pada 3.30 pagi, 29 Julai lalu menggunakan pisau pemotong sayur dan melarikan wang tunai RM331 dari kaunter.

"Hasil risikan, polis kemudian menahan suspek yang juga seorang pengganggur bersama senjata, pakaian dan kenderaan yang digunakan ketika kejadian.

"Suspek melakukan samun seorang diri dan membahagi wang hasil samun kepada seorang lagi suspek," katanya dalam kenyataan media.

Katanya, polis percaya dengan penahanan suspek, dua kes termasuk kecurian kedai emas di sekitar Ampang pada akhir Julai lalu dan awal bulan ini berjaya diselesaikan.

Beliau berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda serta sebat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2022 @ 9:34 PM