Laporan Harian Metro, sebelum ini.
Laporan Harian Metro, sebelum ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Polis meminta pelakon, Lufya Omar memberi kerjasama bagi membantu siasatan lanjut dakwaan lelaki yang cuba menculik anak perempuannya 26 julai lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis perlu mengambil keterangan kanak-kanak perempuan berkenaan.

"Polis sudah menghubungi wanita berkenaan untuk hadir bagi mengambil maklumat berhubung kejadian.

"Kita masih menunggu kerjasama daripada beliau. Bukan dia tidak mahu mungkin ada hal lain tetapi sekarang masih dalam siasatan dan perlu mendaparkan kerjasama dari dia," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian, Am dan Berharga di Balai Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib (kanan) bersama Mohamad Fakhrudin (dua kiri) dan Ketua Hakim Daerah Petaling Jaya, Jamaludin Mat (dua kanan) menunjukkan barang kes yang akan dilupuskan. FOTO Owee Ah Chun
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib (kanan) bersama Mohamad Fakhrudin (dua kiri) dan Ketua Hakim Daerah Petaling Jaya, Jamaludin Mat (dua kanan) menunjukkan barang kes yang akan dilupuskan. FOTO Owee Ah Chun

Menurutnya, pihaknya juga akan mengeluarkan fotofit milik suspek untuk hebahan awam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian itu, Lufya mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya di taman permainan rumah mereka di Kota Damansara.

Lufya atau nama penuhnya, Lutfyah Sheikh Omar bersyukur anak dan dirinya selamat, namun dia cedera di muka mendakwa telah dipukul menggunakan batang kayu.

Wanita itu membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Kota Damansara kira-kira jam 6 pagi, 29 Jun lalu.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2022 @ 1:02 PM