Gambar fail, orang ramai memohon kebenaran untuk merentas negeri di Balai Polis Serdang. FOTO Arkib NSTP.
Gambar fail, orang ramai memohon kebenaran untuk merentas negeri di Balai Polis Serdang. FOTO Arkib NSTP.
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Sebanyak 583 permohonan rentas negeri melalui pengangkutan udara ditolak bagi tempoh 30 April lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, penolakan dibuat Balai Polis Lapangan Terbang Sultan Abdul Azis Shah, Subang selepas mendapati ia tidak munasabah dan dokumen perjalanan tidak sah.

"Kelulusan hanya untuk ziarah bagi kematian ahli keluarga terdekat iaitu seperti pasangan sendiri, anak, ibu dan adik beradik selain, kes kecemasan dan pasangan suami isteri jarak jauh sahaja dibenarkan merentas negeri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pemohon juga memerlukan kebenaran polis untuk permit merentas negeri sebelum membuat tempahan tiket penerbangan.

"Jadi orang ramai diingatkan bahawa bukti pembelian tiket penerbangan bukan alasan kukuh untuk mendapatkan kelulusan permit rentas negeri," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Mei 2021 @ 11:28 PM